
LIGA SUPER MALAYSIA 2025-2026 | SABAH FC VS KUCHING CITY FC
BORNEO DERBY DI STADIUM LIKAS!
Derby Borneo kali ini bukan sekadar tentang 3 mata – ia tentang maruah, dominasi, dan siapa sebenarnya raja di Borneo! Pertembungan sengit menanti apabila Sabah FC melayan kunjungan jiran serantau, Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2025/2026.
Kuching City FC hadir dengan keyakinan tinggi selepas membelasah Imigresen FC 4-0 hujung minggu lalu. Lima perlawanan sudah cukup untuk membawa mereka ke tangga ke-4 liga, dan kini skuad kendalian Aidil Sharin semakin hampir menembusi kelompok Top 3 liga.
Sabah FC pula berdepan permulaan yang sukar – belum mencatat sebarang kemenangan selepas 5 perlawanan. Dua kekalahan berturut-turut kepada JDT dan Negeri Sembilan menambahkan tekanan buat Sang Badak yang pastinya mahu bangkit di hadapan penyokong sendiri.
Mampukah Sabah FC memecah kebuntuan dan meraih kemenangan pertama musim ini di bumi Likas? Atau Kuching City FC akan terus mengganas dan menambah luka musuh tradisi mereka?
Venue Details
