NEGERI SEMBILAN FC VS TIMOR LESTE
A friendly match awaits as Negeri Sembilan FC host the Timor Leste National Team during the league break. This encounter serves as an important test for the Jang as they look to regain rhythm and confidence following their recent exit from the Malaysia FA Cup at the hands of Selangor FC.
Currently sitting 6th in the Liga Super standings with 3 wins, 3 draws, and 2 losses, Negeri Sembilan have shown glimpses of solid performances but will be eager to tighten their defence after conceding 16 goals so far this season. With 12 goals scored, the team will use this friendly to fine-tune their attacking coordination and give opportunities to fringe players to impress.
For Timor Leste, this match offers valuable exposure and experience against a competitive Malaysian top-flight side, a good preparation ground for their upcoming international commitments.
—-
Perlawanan persahabatan bakal berlangsung dengan Negeri Sembilan FC menerima kunjungan Pasukan Kebangsaan Timor Leste sempena rehat liga. Pertemuan ini menjadi medan penting buat skuad Jang untuk mencari semula rentak dan keyakinan selepas tersingkir daripada Piala FA Malaysia di tangan Selangor FC.
Ketika ini, Negeri Sembilan berada di tangga ke-6 Liga Super dengan rekod 3 kemenangan, 3 seri dan 2 kekalahan. Walaupun menunjukkan prestasi yang stabil, pasukan masih perlu memperkukuh benteng pertahanan setelah melepaskan 16 gol setakat ini. Dengan 12 gol berjaya dijaringkan, aksi persahabatan ini akan menjadi peluang terbaik untuk memperkemaskan serangan serta memberi ruang kepada pemain simpanan membuktikan kemampuan mereka.
Bagi Timor Leste pula, perlawanan ini memberi peluang berharga untuk menimba pengalaman dan meningkatkan tahap permainan menentang kelab kompetitif dari Malaysia sebelum menghadapi aksi antarabangsa akan datang.
Venue Details