
LIGA SUPER MALAYSIA 2025-2026 | NEGERI SEMBILAN FC VS TERENGGANU FC

LIGA SUPER MALAYSIA 2025-2026 | NEGERI SEMBILAN FC VS TERENGGANU FC
Pertembungan penuh emosi dan aksi dijangka di STAR of Paroi apabila Negeri Sembilan FC menerima kunjungan Terengganu FC dalam saingan Liga Super 2025/26!
Pasukan pelawat, Terengganu FC, hadir dengan misi jelas — memperkukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok Top 3 liga. Dengan barisan pemain berkualiti dan prestasi konsisten setakat ini, skuad Penyu dilihat tidak akan memberi ruang mudah di atas padang.
Namun, Negeri Sembilan FC tidak akan mengalah di laman sendiri. Di hadapan puluhan ribu penyokong setia Hobin Jang Hobin, skuad Rusa tekad untuk bangkit dan mengutip 3 mata penuh dalam usaha mereka memanjat carta liga. Gabungan semangat juang, sorakan padu penyokong, dan kekuatan taktikal dijangka menjadi senjata utama pasukan tuan rumah dalam misi penting ini.
Venue Details
